Adakah saya perlu memfailkan penyata cukai?
Had Pendapatan
Sekiranya anda berpendapatan (selepas potongan KWSP) minimum RM 34,000 setahun, maka anda harus memfailkan penyata cukai, melainkan anda dikecualikan daripada berbuat demikian di bawah syarat yang dinyatakan di bawah.
PCB sebagai Cukai Akhir
Jika syarat berikut dipenuhi, anda boleh memilih untuk tidak memfailkan penyata cukai kerana PCB yang dibayar akan dianggap sebagai cukai akhir:
- Sumber pendapatan anda hanyalah daripada pendapatan pekerjaan anda; dan
- anda telah bekerja sepanjang tahun cukai dengan majikan yang sama; dan
- majikan anda telah memotong PCB daripada gaji anda dengan betul; dan
- cukai anda tidak ditanggung oleh majikan anda; dan
- anda tidak memilih penilaian bersama dengan pasangan anda.
Sekiranya mana-mana syarat di atas tidak dipenuhi, maka pengecualian tidak terpakai dan anda mesti memfailkan penyata cukai.
Baca lebih lanjut mengenai:
Proses payroll anda tanpa rumit. Tempah demo sekarang.