If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bagaimanakah saya ingin membuka iAkaun dengan KWSP?

i-Akaun adalah portal dalama talian yang dikendalikan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk majikan dan pekerja. Majika boleh mengakses i-Akaun mereka untuk meghantar dan membayar caruman KWSP.

Artikel ini sesuai untuk majikan yang telah berdaftar bersama KWSP. Anda boleh rujuk artikel ini cara mendaftar sebagai majikan dengan badan-badan statutori.

Untuk menggunakan iAkaun KWSP untuk pembayaran KWSP bulanan anda, anda perlu melengkapkan langkah-langkah berikut:

1. Isi Borang KWSP 1 (i) dan serahkannya ke pejabat KWSP yang terdekat.

2. Dari sana anda boleh mendapatkan Kod Pengaktifan iAkaun, yang biasanya akan dihantar ke nombor telefon mudah alih berdaftar anda dalam bentuk SMS.

3. Sebaik sahaja anda telah menerima kod tersebut, lawati laman web KWSP dan klik Log Masuk ke i-Akaun (Majikan)> Pengaktifan i-Akaun untuk mengaktifkan akaun anda dalam masa 30 hari.

Setelah selesai, anda boleh menggunakan sistem PayrollPanda untuk menguruskan sistem penggajian.  Sistem kami menjana fail berformat csv untuk dimuat naik dengan mudah ke i-Akaun. Sila baca di sini untuk borang lain yang boleh PayrollPanda hasilkan untuk pembayaran cepat dan mudah kepada badan statutori.



Was this article helpful?

Download The Free Guide