Untuk membatalkan permohonan cuti anda, log masuk ke dalam akaun PayrollPanda anda. Pastikan anda sudah mempunyai akaun, jika tidak anda perlu meminta pekerja atau HR anda menjemput anda, atau anda boleh kongsi artikel ini: Bagaimanakah cara untuk menjemput pekerja anda menggunakan PayrollPanda?
Jika anda mahu membatalkan permohonan cuti, ikuti langkah-langkah di bawah:
Pergi ke Dashboard dan terus ke tab Leave.
Klik pada Requested Leave pada kalendar anda.
Klik butang Remove Leave
Nota: Hanya cuti yang belum diluluskan boleh dibatalkan. Jika cuti sudah diluluskan, sila hubungi Pengurus atau HR untuk membuat pembatalan permohonan cuti.
Jika anda memerlukan maklumat lanjut atau anda sedang mencari sistem payroll, hubungi kami melalui saluran Sembang Langsung di bahagian bawah halaman ini.
Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.55.5