Kalkulator harga dan penjelasan terletak di bahagian harga di laman web PayrollPanda.
Syarikat hanya dicaj untuk memproses penggajian. Setiap bulan penggajian diproses, anda akan dicaj RM 38 untuk syarikat dan RM 8 bagi setiap pekerja. Terdapat harga khas sekiranya anda mempunyai lebih daripada 100 pekerja.
CONTOH: Sebuah syarikat dengan 25 pekerja:
RM 38 (syarikat)
+ RM 120 (RM 8 * 15 pekerja)
Jumlah kecil = RM 158 * 8% SST
Jumlah besar = RM 170.64 (termasuk caj SST)
Selepas membuat penggajian, invois akan dijana dan akan diemail kepada anda. Sebagai tambahan, anda boleh mendapatkannya di bawah Settings > Subscription. Untuk lihat dan muat turun invois anda, klik pada Invoice number.
Jika anda membayar secara tahunan, anda akan mendapat diskaun 15%. Untuk maklumat lanjut tentang bil tahunan, anda boleh rujuk artikel Bagaimanakah invois tahunan dikira.
Ketahui juga bagaimana untuk membayar invois anda di artikel Bagaimanakah cara untuk saya membayar invois.
Anda sedang mencari sistem payroll? Jom tempah demo bersama kami.
Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 1.6.1