If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Apakah perbezaan antara kedua-dua kategori PERKESO?

Sumbangan kepada PERKESO dibahagikan kepada dua kategori, seperti berikut:


Skim Kecederaan Pekerjaan dan Skim Keilatan 

  • Semua pekerja yang berumur di bawah 60 tahun menyumbang di bawah kategori ini, kecuali mereka hanya mula menyumbang pada usia 55 tahun ke atas.

  • Di bawah kategori ini, setiap bulan, majikan menyumbang nilai berdasarkan gaji bulanan pekerja sehingga nilai maksima RM 86.65, dan pekerja menyumbang sehingga nilai maksima RM 24.75.


Skim Kecederaan Pekerjaan

  • Bagi pekerja yang berusia 60 tahun ke atas.

  • Bagi pekerja yang mula menyumbang kepada PERKESO pada umur 55 tahun ke atas.

  • Bagi mereka yang diinsuranskan yang menerima pencen ilat semasa masih bekerja, dan menerima kurang daripada satu pertiga daripada gaji bulanan purata mereka sebelum keilatan.

  • Di bawah kategori ini, pekerja tidak menyumbang, dan setiap bulan, majikan menyumbang nilai bersamaan dengan 1.25% gaji bulanan pekerja, sehingga nilai maksimum RM 61.90.


Ingin mengetahui bagaimana anda boleh kendali payroll dengan mudah? Jom tempah sesi demo bersama kami sekarang!



Was this article helpful?

Download The Free Guide