Perbankan Internet
PayrollPanda menjana fail pembayaran statutori pukal untuk bank yang disokong supaya anda boleh membuat penyerahan dan membayar caruman dengan mudah kepada badan-badan statutori melalui portal bank anda. Caruman akan dikemaskini secara automatik di dalam Portal Assist anda. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk: Bagaimanakah cara menjana fail penggajian untuk bank.
Portal Assist Perkeso
Portal Assist Perkeso adalah portal yang membolehkan majikan menguruskan maklumat syarikat serta pekerja dan maklumat caruman bulanan SOCSO dan SIP. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Bagaimanakah cara untuk mendaftar Portal Bantuan Perkeso (Portal Assist Perkeso).
PayrollPanda juga menghasilkan fail teks gabungan SOCSO + SIP yang diperkenalkan oleh PERKESO sejak Julai 2022. Fail tersebut boleh didapati dalam fail zip payroll anda dan ia dinamakan mengikut format berikut: SOCSO_EIS_082022.txt. Fail tersebut boleh untuk dimuat naik di Portal Assist bawah Contribution > SOCSO + EIS tanpa memuat naik fail teks SOCSO dan EIS secara berasingan.
Jika anda ingin menghantarkan fail PERKESO dan EIS secara berasingan, PayrollPanda juga menjana fail teks PERKESO dan EIS berasingan.
1. Sila log masuk, klik pada My Sites dan pilih SOCSO Contribution.
2. Klik pada SOCSO > TEXT File.
3. Klik Choose File dan muat naik fail SOCSO_Assist_Portal.txt yang telah dihasilkan oleh PayrollPanda dan klik Next untuk teruskan.
4. Klik Submit untuk teruskan dengan penyerahan dan pembayaran.
Untuk maklumat terperinci berkenaan dengan Portal Assist, anda boleh rujuk pada Assist Portal User Manual.
Pilihan Pembayaran SOCSO
1. Pembayaran FPX melalui Portal Assist Perkeso
Sila maklum bagi akaun perbankan runcit/peribadi (B2C), had minimum bagi setiap transaksi ialah RM1 sehingga RM30,000 maksima. Untuk akaun perbankan syarikat/korporat, had minimum perlulah RM2 sehingga RM 1,000,000 maksima. Had transaksi tertakluk kepada had Perbankan Internet individu.
2. Electronic Funds Transfer (EFT)
Sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan PERKESO di 1-300-22-8000 atau hantarkan e-mel di perkeso@perkeso.gov.my untuk maklumat lanjut.
3. Cek, kiriman wang atau kiriman pos
Anda boleh menyerahkan cek, kiriman wang atau kiriman pos bagi jumlah yang dinyatakan dalam ECR. Sila pastikan cek, kiriman wang atau kiriman pos anda dibayar kepada PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL atau PERKESO dan mempunyai butiran berikut tertulis di belakang: Nama, Kod Majikan, bulan dan tahun caruman.
4. Pembayaran di Kaunter Bank
Fasiliti ini boleh didapati di Maybank, RHB Bank dan Public Bank.
Ingin mengetahui bagaimana anda boleh kendali payroll dengan mudah? Jom tempah sesi demo bersama kami sekarang!