Perbankan Internet
PayrollPanda menjana fail pembayaran pukal untuk bank-bank tertentu supaya anda boleh membuat penyerahan dan membayar caruman dengan mudah kepada badan-badan statutori. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk: Bagaimanakah cara menjana fail penggajian untuk bank.
Jika anda membuat penyerahan dan bayaran caruman SIP anda melalui portal bank anda, anda tidak perlu lagi membuat serahan melalui Portal Assist. Caruman akan dikemaskini secara automatik dalam Portal Assist anda.
Portal Assist Perkeso
Klik Bagaimanakah cara untuk mendaftar Portal Bantuan Perkeso (Perkeso Assist Portal) untuk maklumat lanjut cara mendaftar Portal Assist Perkeso.
1. Log masuk ke Portal Assist Perkeso.
2. Klik pada My Sites dan pilih EIS - Contribution untuk menjana ECR
3. Kemudian klik pada Employer Contribution dan pilih Add Contribution (Text File)
4. Klik pada TEXT FILE, pilih EIS.txt file dan terus muat naik. Sila maklum bahawa PayrollPanda akan menjana EIS.txt file selepas anda selesai menjalankan payroll.
5. Apabila fail sudah dimuat naik, hantar fail tersebut. Anda boleh memilih untuk membuat pembayaran melalui mana-mana pilihan di bawah.
PayrollPanda juga menghasilkan fail teks gabungan SOCSO + SIP yang diperkenalkan oleh PERKESO sejak Julai 2022. Fail tersebut boleh didapati dalam fail zip payroll anda dan ia dinamakan mengikut format berikut: SOCSO_EIS_082022.txt. Fail tersebut boleh untuk dimuat naik di Portal Assist bawah Contribution > SOCSO + EIS tanpa memuat naik fail teks SOCSO dan EIS secara berasingan.
Untuk maklumat terperinci berkenaan dengan Portal Assist, anda boleh rujuk Assist Portal User Manual.