If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bagaimanakah cara membayar KWSP?

Penyerah dan pembayaran KWSP boleh dilakukan dengan cara sama ada melalui e-Caruman atau perbankan internet. Untuk pembayaran melalui e-Caruman, anda perlu mempunyai akaun bersama i-Akaun KWSP. Manakala untuk perbankan internet, anda perlu memuat naik fail bank pembayaran KWSP melalui portal bank anda. Bagi pengguna PayrollPanda, anda boleh mendapatkan fail-fail pembayaran KWSP bagi kedua-dua kaedah setelah payroll dijalankan di dalam sistem.

Cara hantar/bayar KWSP melalui e-Caruman

Daftar masuk ke i-Akaun KWSP untuk membuat penyerahan maklumat caruman bagi semua pekerja secara dalam talian. Di bawah bahagian Contribution, sila pilih Submission of EPF Contribution (Form A). Sekiranya borang telah dihantar, anda boleh pilih Payment Only dan teruskan dengan pembayaran. 

Kemudian, anda perlu memilih jenis borang untuk tujuan penyerahan.

  • Borang A precetak:
    Anda boleh menggunakan Borang A terkini yang telah anda serahkan dalam talian sebelum ini bagi pembayaran caruman bulan sebelum ini. Anda boleh meneruskan pembayaran jika tiada perubahan atau anda boleh membuat perubahan sebelum anda meneruskan penyerahan dan pembayaran.

  • Borang A kosong:
    Ia adalah Borang A kosong yang mana anda perlu isi dengan maklumat caruman pekerja.


  • Muat naik maklumat Borang A menggunakan format Comma Separated Value (CSV):
    Sekiranya anda adalah pengguna PayrollPanda, anda boleh mendapatkan fail csv yang dihasilkan selepas penyerahan payroll dilakukan.

  • Muat naik maklumat Borang A menggunakan format CD/Diskette (EPFORMA.TXT/EPFORMA2.TXT):
    Majikan dikehendaki menyediakan CD/Disket dengan maklumat caruman.

Untuk pembayaran caruman melalui e-Caruman, anda boleh memilih kaedah pembayaran pilihan anda dan terdapat 4 pilihan pembayaran seperti:

  1. Anda boleh memilih untuk membayar terus melalui laman web bank (ia hanya tersedia untuk pelanggan Maybank buat masa ini).
  2. Anda boleh membuat bayaran melalui FPX (tanpa memerlukan kelulusan).
  3. Anda boleh membuat bayaran melalui direct debit (hanya untuk majikan yang telag berdaftar DDA).
  4. Anda boleh membuat bayaran di kaunter-kaunter KWSP atau bank berhampiran anda. 


Cara hantar/bayar KWSP melalui online banking

Untuk penyerahan dan bayaran caruman KWSP melalui perbankan internet, anda boleh menyerahkan fail pembayaran bank KWSP yang dihasilkan oleh PayrollPanda melalui portal bank anda. Fail bank tersebut mengandungi maklumat caruman bagi setiap pekerja dan oleh itu penyerahan berasingan melalui i-Akaun tidak diperlukan. Pada masa ini fail bank hanya dijana untuk bank yang disepadukan dengan PayrollPanda iaitu Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Hong Leong Bank, Public Bank, OCB Bank, Alliance dan AmBank.

Sila ambil perhatian bahawa setiap bank mempunyai jenis fail yang berbeza untuk dimuat naik dalam portal bank. Anda boleh rujuk artikel di bawah untuk mengetahui lebih lanjut cara membuat pembayaran KWSP bagi setiap bank.

  1. Maybank
  2. CIMB Bank
  3. RHB Bank
  4. Hong Leong Bank
  5. Public Bank
  6. OCBC Bank
  7. Alliance Bank
  8. AmBank

Sila rujuk artikel kami untuk maklumat lanjut tentang kadar caruman KWSP.

Sistem payroll kami membantu anda mengira caruman statutori dengan mudah. Tempah demo sekarang.

Was this article helpful?

Download The Free Guide