Nombor PCB
Nombor PCB boleh didapati di halaman kedua Borang CP 39. Jika tidak, pekerja anda boleh menghubungi terus LHDN untuk mendapatkan nombor PCB pekerja jika pekerja tersebut pernah bekerja.
Tidak pasti nombor PCB?
LHDN boleh memaklumkan anda tentang nombor tersebut, anda boleh menghubungi mereka melalui nombor telefon berikut: 1800-88-5436.
Belum mempunyai nombor PCB?
Sila daftar di Online (e-Daftar) yang boleh diakses daripada MyTax dengan memilih Individu sebagai Jenis Pembayar Cukai. Sila maklum bahawa:
Permohonan boleh mengambil masa sehingga 7 hari bekerja, panggilan susulan kepada LHDN mungkin diperlukan
Tertakluk untuk pekerja yang berpendapatan melebihi pendapatan bercukai sahaja
Nombor KWSP
Nombor KWSP boleh didapati di Borang A.
Lupa nombor KWSP anda atau tidak dapat mencarinya?
Sila hubungi KWSP untuk sebarang pertanyaan: 03- 8922 6000
Anda sedang mencari sistem payroll? Jom tempah sesi demo bersama kami.