If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Cara Mengekalkan Kadar Caruman KWSP kepada 11%

Seperti yang diumumkan ketika Ucapan Bajet 2022, kadar pengurangan 9% KWSP bagi caruman pekerja telah dilanjutkan sehingga payroll Jun 2022 (caruman Julai 2022).

Sekiranya mana-mana pekerja anda ingin mengekalkan kadar caruman mereka pada kadar 11%, majikan harus mengikut langkah-langkah seperti dibawah:

Langkah 1: Pekerja perlu memuat turun borang KWSP 17A (Khas 2022).

Langkah 2: Pekerja hendaklah mengisi borang tersebut dan menandatanganinya sebelum menghantarnya kepada majikan mereka. Majikan harus menyimpan borang sebagai rekod syarikat 

Langkah 3Majikan kemudiannya hendaklah mengemukakan permohonan pekerja mereka melalui iAkaun Majikan mereka. Pilihan penyerahan adalah termasuk borang kosong, mengambil salinan daripada penyata caruman terdahulu (dan memadamkan pekerja yang tidak mahu menyumbang pada kadar 11%), atau memuat naik fail CSV. Jika anda memilih pilihan fail CSV, sila klik pada butang Next dan anda akan dapat memuat turun fail templat dan panduannya. 


Sila ambil perhatian bahawa borang permohinan mesti dilengkapkan dan dihantar semula bagi tahun 2022, walaupun pekerja telah memohonnya pada tahun 2021 kerana borang tahun lepas hanya terpakai sehingga payroll Disember 2021. 

Kadar caruman KWSP dalam PayrollPanda akan kekal tidak berubah, jadi, sekiranya mana-mana pekerja anda mencarum pada kadar yang berbeza pada tahun 2022 berbanding tahun 2021, sila ubah kadar tersebut di bawah tab Statutory Requirements dalam profil pekerja.


Anda sedang mencari sistem payroll? Jom tempah sesi demo bersama kami.



Was this article helpful?

Download The Free Guide