Pembayaran Pendahuluan
Bayaran pendahuluan adalah tertakluk kepada kesemua caruman badan-badan statutori. Oleh itu, jika anda memberikan pendahuluan kepada pekerja melalui pembayaran gaji, pembayaran tersebut harus dicarum kepada PCB, KWSP dan SOCSO / SIP.
Anda boleh menggunakan item ‘Advance Payment’ untuk merekodkan jumlah pembayaran pendahuluan yang ingin dibayar terlebih dahulu kepada pekerja anda di dalam sistem Payroll Panda.
Potongan Pendahuluan (jika pendahuluan dibuat melalui payroll)
Anda telah memberikan sejumlah pendahuluan kepada pekerja anda melalui penggajian bulan terdahulu dan kini anda ingin menolak jumlah bayaran pendahuluan tersebut pada bulan semasa. Oleh kerana caruman badan-badan statutori telah dibayar pada bulan sebelumnya, potongan pendahuluan yang telah diterima oleh pekerja yang mana ia akan ditolak menerusi penggajian semasa, ia harus mengurangkan caruman statutori pekerja tersebut pada bulan semasa.
Sebagai contoh, gaji bulanan pekerja adalah RM2,000 dan anda memberikan pendahuluan sebanyak RM500 kepada pekerja di dalam bulan Mei. Pada penggajian bulan Jun, anda ingin menolak kembali jumlah pendahuluan yang telah diambil oleh pekerja pada bulan lepas. Untuk bulan Mei, pekerja anda harus membayar caruman berdasarkan gaji berjumlah RM2,500 (RM2,000 + RM500), manakala RM1,500 (RM2,000 - RM500) pada bulan Jun.
Di dalam sistem Payroll Panda, anda boleh menggunakan item potongan ‘Advance (Payment Made via Payroll)’ untuk menolak pembayaran pendahuluan yang telah diterima oleh pekerja anda.
Potongan Pendahuluan (jika pendahuluan dibuat melalui tunai)
Jika pendahuluan dibuat secara tunai dan diluar penggajian tanpa memotong caruman badan-badan statutori sama ada pada bulan terdahulu atau bulan semasa, dan kemudian anda ingin menolak jumlah pendahuluan tersebut daripada penggajian, maka jumlah pendahuluan tersebut haruslah ditolak daripada gaji bersih pekerja itu tanpa mengurangkan caruman statutorinya (kerana tiada caruman statutori yang ditolak dari pembayaran sebelum ini).
Menggunakan contoh yang sama, jika anda memberikan RM500 tunai kepada pekerja anda pada bulan Mei dan ingin menolak jumlah tersebut daripada penggajian bulan Jun, maka pekerja anda perlu membayar caruman kepada badan-badan statutori berdasarkan gaji normalnya iaitu RM2,000 pada bulan Jun.
Di dalam sistem Payroll Panda, anda boleh menggunakan item ‘Net Salary Deduction’ untuk menolak jumlah pendahuluan yang telah dibayar secara tunai kepada pekerja anda.
Proses payroll kini lebih mudah bersama PayrollPanda. Hubungi kami untuk tempahan demo sekarang.