Untuk memastikan item penggajian khusus dan jumlahnya bertepatan dengan borang cukai akhir tahun, anda harus memilih borang EA yang betul apabila membuat item penggajian khusus.
NOTA PENTING: Sekiranya anda tidak memilih bahagian ini sebelum menjana borang akhir tahun anda, anda mungkin menghadapi risiko pengisytiharan gaji rendah (untuk penambahan) atau pengisytiharan gaji berlebihan (untuk potongan), dan seterusnya memberikan penyata pendapatan yang salah kepada pekerja dan/atau LHDN.
Anda boleh boleh mencipta item payroll khas anda di bahagian Settings > Payroll items.
Setelah selesai menamakan item, pilih kategori dan tandakan pada kotak yang relevan, anda perlu menetapkan tetapan di ruangan EA Form. Anda akan diberikan senarai borang EA untuk dipilih:
Memilih medan borang EA yang betul akan memastikan bahawa amaun item payroll khas dipaparkan dengan betul pada borang akhir tahun (Borang E dan Borang EA). Ambil maklum bahawa semua item preset payroll dalam sistem kami telah ditetapkan dengan betul.
Jika anda tidak pasti kategori mana yang hendak dipilih untuk item payroll khas anda, atau anda sedang mencari penyelesaian payroll, hubungi kami melalui saluran Sembang Langsung di bahagian bawah halaman ini.
Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.42.1