If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bagaimanakah PCB dikira oleh PayrollPanda?

PayrollPanda mengira PCB berdasarkan formula yang telah digariskan oleh pihak LHDN. Pengiraan PCB di dalam sistem kami adalah mengikut garis panduan dan spesifikasi LHDN sepenuhnya. Kami memberi jaminan bahawa PayrollPanda telah diluluskan oleh LHDN.

Walaupun formula yang digunakan agak rumit, ringkasannya adalah seperti berikut:

  1. Pendapatan boleh dikenakan cukai = gaji terdahulu + (Item berulang dalam gaji bulanan + Item tidak berulang dalam gaji bulanan) + Item berulang daripada gaji bulanan * Bilangan bulan yang tinggal dalam tahun

  2. Pendapatan boleh dikenakan cukai - Potongan = Pendapatan bercukai

  3. Jumlah cukai tahunan kemudiannya dikira atas pendapatan bercukai (kadar cukai)

  4. PCB = (Jumlah cukai tahunan - PCB sudah dibayar) / Bilangan bulan yang tinggal


Rumusan ini membolehkan kami menjawab beberapa soalan yang sering ditanya, iaitu:

(Nota: dalam contoh berikut, potongan KWSP dan SOCSO/SIP diabaikan supaya contoh mudah difahami).


1. Kenapa saya perlu memasukkan data slip gaji terdahulu?

Rujuk langkah 1 pada formula, kita melihat bahawa maklumat slip gaji terdahulu termasuk dalam pengiraan pendapatan bercukai. Sekiranya anda tidak memasukkan maklumat gaji terdahulu anda maka sistem akan mengira PCB dengan salah. Kedua-dua maklumat penggajian semasa dan penyata gaji terdahulu bagi tahun semasa mesti dimasukkan untuk pengiraan PCB yang tepat. Sila rujuk artikel ini untuk mengetahui cara mengisi maklumat slip gaji terdahulu ini.

Contoh untuk maklumat pekerjaan semasa:

Nick telah bekerja di syarikatnya sejak awal 2021 dengan berpendapatan RM6,000 sebulan. Pada bulan November 2022, syarikatnya beralih ke PayrollPanda tetapi pegawai penggajian tidak memasukkan maklumat slip gaji untuk Januari hingga Oktober 2022 dalam profilnya. Akibatnya, pada bulan November, jumlah pendapatan tahunannya dianggarkan sebagai hanya RM12,000 (RM6,000 bulan semasa dan RM6,000 bulan berikutnya), yang mana ia di bawah ambang PCB (PCB threshold) dan menyebabkan PCB dikira dengan salah sebanyak RM0. Walaupun pendapatan bercukai tahunan melebihi ambang PCB tanpa pendapatan terdahulu, PCB berkemungkinan terkurang dibayar kerana semakin tinggi tahap pendapatan, semakin tinggi kadar cukai.

Contoh untuk maklumat pekerjaan terdahulu:

Sunita mula bekerja dengan syarikat pada Ogos 2022 dengan gaji bulanan sebanyak RM4,000. Sebelum ini dia bekerja di syarikat lain, tetapi majikan baharunya tidak memintanya mengisi borang TP3 untuk mendapatkan maklumat pendapatan dan caruman terdahulu bagi Januari hingga Julai 2022. Akibatnya, pendapatan bercukai tahunannya untuk pengiraan PCB Ogos dikira sebagai RM4,000 (bulan semasa) + RM4,000 * 4 (bulan berikutnya) = RM20,000, yang mana ia berada di bawah ambang PCB. Jika Sunita tidak bekerja pada bulan-bulan sebelumnya pada 2022, PCB yang dikira sebanyak RM0 adalah betul. Untuk mengetahui cara untuk mengisi borang TP3 dan memasukkan maklumat tersebut dalam PayrollPanda, sila rujuk Bagaimana cara untuk mengisi Previous Employment Information Form di dalam sistem PayrollPanda.


2. Kenapa pekerja yang mempunyai pendapatan terdahulu dan semasa yang sama mempunyai pengiraan PCB yang berbeza?

Berdasarkan langkah 2 formula, kita dapat melihat bahawa potongan peribadi diambil kira dalam pengiraan PCB dan potongan tersebut boleh berbeza-beza bergantung pada maklumat peribadi pekerja. Sila rujuk artikel Apakah jenis potongan cukai dan rebat yang boleh dituntut pada tahun 2023? untuk maklumat lanjut tentang potongan cukai yang tersedia.

Contoh:

  • Amin seorang bujang dan tidak mempunyai anak. Beliau memperoleh gaji RM4,000 sebulan sejak awal tahun 2022.
  • Rayzal berkahwin kepada pasangan yang tidak bekerja serta mempunyai tanggungan lima orang anak dibawah 18 tahun. Beliau juga memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM4,000 sejak awal tahun 2022.

Semasa memproses payroll, hanya PCB Amin sahaja muncul. Pendapatan bercukai Amin akan dikira 12 * 4,000 - 9,000 (potongan peribadi) = RM39,000 yang mana ia melebihi ambang PCB. 

Manakala, pendapatan bercukai Rayzal akan dikira 12 * 4,000 - 9,000 (potongan peribadi) - 10,000 (5 x potongan anak 2,000 setiap orang) - 4,000 (potongan pasangan) = RM25,000 yang mana ia berada bawah ambang PCB.


3. Apakah perbezaan antara item berulang dan tidak berulang di dalam penggajian?

Daripada langkah 1, kita dapat lihat bahawa item berulang dimasukkan pada bulan-bulan hadapan untuk mengira pendapatan bercukai tahunan, sementara item tidak berulang (tambahan) dimasukkan hanya pada bulan semasa. Akibatnya, PCB mungkin terkurang bayar sekiranya item bayaran bulanan ditambah sebagai bayaran tambahan dan bukannya bayaran secara berulang (baca rujuk artikel ini untuk mengetahui bila dan cara menambah item gaji sebagai berulang).

Contoh

Aiman memperolehi gaji bulanan sebanyak RM4,000 serta elaun kehadiran bulanan sebanyak RM500.

Pada payroll Januari, pendapatan bercukai tahunannya akan dikira seperti ini: (4,000 + 500) + (4,000 + 500) * 11 = RM54,000.

Sebaliknya, jika elaun kehadiran ditambah sebagai tambahan, pendapatan bercukai tahunan akan dikira seperti ini: (4,000 + 500) + (4,000) * 11 = RM48,500. 


4. Kenapa PCB saya lebih tinggi jika saya terkurang bayar PCB pada bulan-bulan sebelum ini?

Merujuk pada langkah 4 formula diatas, jika PCB sebelum ini terkurang bayar, PCB akan dinaikkan untuk bulan semasa dan bulan-bulan akan datang dalam tahun tersebut.

Contoh:

Jika cukai tahunan adalah RM1,200, PCB pada bulan Januari akan dikira berdasarkan 1,200 / 12 = RM100.

Pada payroll Februari, PCB dikira berdasarkan (1,200-100) / 11 = RM100. Tetapi katakan kita terkurang bayar PCB pada bulan Januari dan hanya membayar RM67, PCB Februari akan dikira berdasarkan (1,200 - 67) / 11 = RM 103. 

Sebaliknya, jika PCB bulan sebelum ini terlebih bayar, maka PCB akan dikurangkan untuk bulan semasa dan bulan-bulan akan datang dalam tahun semasa.


Sistem payroll kami membantu anda mengira caruman statutori dengan mudah. Tempah demo sekarang.

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support