If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bilakah saya perlu memilih item penggajian tertentu sebagai item penggajian berulang?

Menurut peraturan LHDN, item yang dibayar secara bulanan hendaklah diletakkan sebagai item bulanan di dalam pengiraan PCB. Di dalam PayrollPanda, item bulanan harus ditambah di bawah tab Employment Detail pekerja untuk dimasukkan dengan betul dalam pengiraan PCB.

Contohnya: elaun penjagaan anak, elaun perjalanan/petrol, elaun letak kenderaan, bayaran kerja lebih masa, atau mana-mana elaun yang dibayar setiap bulan. 

PENTING: Jangan masukkan item penggajian yang bayarannya hanya sekali sahaja (contoh: bonus tahunan) di sini! Untuk item penggajian sekali, sila rujuk nombor 2. Additional Payroll Items dalam artikel bantuan ini.

Sila ambil perhatian juga bahawa sesetengah item penggajian yang biasanya dibayar setiap bulan tetapi amaunnya berubah-ubah setiap bulan (contoh: Kerja Lebih Masa, Komisen atau Insentif) masih tetap perlu diletakkan sebagai pembayaran berulang di bawah Employment Details tetapi dengan amaun yang ditetapkan kepada 0. Ketika anda memproses gaji, anda perlu memasukkan jumlah yang berkenaan ke dalam setiap item atau kekalkan ia sebagai 0 jika tiada sebarang pembayaran dibuat dalam penggajian bulan itu.


Proses payroll kini lebih mudah bersama PayrollPanda. Hubungi kami untuk tempahan demo sekarang.


Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.13.5

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support