Jika anda mahu menetapkan beberapa tahap/peringkat pengurus untuk meluluskan permohonan cuti pekerja, anda perlu menetapkan pengurus bagi setiap peringkat tersebut.
Di bawah Employees, klik pada nama pekerja yang perlu diletakkan di bawah pengurus tertentu.
Pergi ke Employment Details, Managers for Leave Approval dan pilih pengurus atau beberapa pengurus pada setiap peringkat.
Untuk menambah lapisan, klik +Add 2nd Layer, anda boleh menambah sehingga 3 peringkat pengurus.
Skrol ke bawah dan klik Save Changes
Selepas pengurus pada peringkat pertama meluluskan permohonan cuti, notifikasi emel akan dihantar kepada pengurus peringkat kedua untuk kelulusan dan seterusnya bagi peringkat ketiga. Pekerja akan menerima notifikasi selepas pengurus peringkat terakhir sama ada permohonan cuti mereka diluluskan atau ditolak.
Jika anda memilih Multiple Managers pada setiap peringkat, memadai jika hanya seorang pengurus yang dilantik meluluskan atau menolak permohonan cuti tersebut.
Sila maklum bahawa hanya pekerja yang telah berdaftar sebagai pekerja di dalam sistem boleh dilantik sebagai pengurus. Sila baca Bagaimanakah cara untuk menjemput pekerja anda menggunakan PayrollPanda untuk mengetahui cara menghantarkan jemputan kepada pekerja anda.
Proses payroll kini lebih mudah bersama PayrollPanda. Hubungi kami untuk tempahan demo sekarang.
Artikel bantuan ini disusun untuk aplikasi app.payrollpanda.my versi 1.3.0