If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bagaimanakah cara untuk menambah item pembayaran kerja lebih masa?

Kerja lebih masa (Overtime) merupakan jumlah tambahan gaji yang diberikan kepada pekerja apabila bekerja lebih daripada masa terjelas dalam kontrak. Kami telah menetapkan beberapa item Automated Overtime Payroll yang akan dikira secara automatik berdasarkan gaji setiap jam didarab dengan gandaan lebih masa, dan Manual Overtime Payroll Items yang membolehkan anda sama ada untuk menambah secara manual (sekali gus) atau mengira gaji berdasarkan jam/hari yang anda masukkan.

Nota: Jika kerja lebih masa dibayar secara bulanan, mengikut peraturan LHDN anda harus menambahnya di bahagian Employees > Select Employee > Employment Details > + Monthly Recurring Payroll Item. Tinggalkan medan unit/jam kepada 0 dan kemudian anda boleh memasukkan jumlah jam/hari di Step 1 semasa menjalankan payroll setiap bulan. Rujuk artikel ini untuk mengetahu lebih lanjut tentang item berulang/tambahan.

1. Automated Overtime Payroll Items

Kami telah menyediakan tiga item kerja lebih masa yang terdapat di dalam penggajian yang secara automatik akan mengira kadar RM setiap jam berdasarkan gaji pekerja. Sekiranya pekerja menerima gaji bulanan, kadar setiap jam dikira berdasarkan jumlah hari (hari bekerja / hari tetap / hari kalendar) yang ditetapkan di Settings > Payment Settings > Basis for Overtime Calculation. Untuk semua pengiraan, kami menganggap bahawa gaji adalah berdasarkan lapan jam kerja harian. Formulanya adalah seperti berikut:

  • Gaji Harian: Gaji Harian / 8 Jam

  • Gaji Bulanan: Gaji Bulanan / Bilangan Hari / 8 Jam

Berdasarkan kadar jam tersebut, kami menyediakan tiga item preset kerja lebih masa yang biasa digunakan:

  • Overtime (Normal): Kadar jam didarab dengan gandaan 1.5

  • Overtime (Rest Day): Kadar jam didarab dengan gandaan 2

  • Overtime (Public): Kadar jam didarab dengan gandaan 3

Untuk mengetahui item preset yang mana perlu digunakan, sila rujuk Berapakah kadar kerja lebih masa berdasarkan Akta Kerja

Anda juga boleh mencipta item kerja lebih masa khas sekiranya anda perlukan kadar gandaan yang berlainan.

2. Manual Overtime Payroll Items

Kami telah menyediakan dua item penggajian tambahan yang membolehkan anda menambah jumlah secara sekaligus atau dimasukkan secara manual dalam kadar setiap jam dan bilangan jam/hari:

  • Overtime: Anda boleh memasukkan jumlah secara keseluruhan untuk setiap pekerja.

  • Overtime (Wage): Anda boleh memasukkan bilangan jam/hari yang pekerja anda bekerja lebih dan kadar lebih masa. Unit adalah jam/hari berdasarkan keutamaan syarikat anda, manakala harga adalah nilai RM/jam bertugas atau kerja lebih masa.


Ingin mengetahui bagaimana anda boleh kendali payroll dengan mudah? Jom tempah sesi demo bersama kami sekarang!



Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.40.5

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support