Sekiranya anda mempunyai pekerja yang mula bekerja atau berhenti pada pertengahan bulan, anda boleh membuat pelarasan gaji secara manual. Formula untuk pengiraan bergantung pada jumlah hari kerja setiap bulan, iaitu setiap hari Isnin hingga Jumaat atau Isnin hingga Sabtu.
Dalam langkah pertama memproses penggajian, anda perlu pergi ke Additional Payroll Item > Deduction > Salary Adjustment dan masukkan jumlah yang akan ditolak.
1. Contoh: Pekerja Yang Mula Bekerja Pada Tengah Bulan
Pekerja anda mula bekerja pada 15 November 2016 dan mendapat RM 2800 sebulan dan elaun perjalanan secara berulang sebanyak RM 150. Jika hari bekerja bermula Isnin hingga Jumaat, maka anda perlu memotong sejumlah 10 hari bekerja di mana pekerja tidak bekerja:
Pelarasan Gaji: RM 2800 x 10/22 (hari bekerja pada bulan November) = RM 1272.73 (masukkan jumlah ke dalam Pelarasan Gaji)
Elaun Perjalanan: RM 150 - (RM 150 x 10/22) = RM 81.82 ATAU RM 150 x 12/22 = RM 81.82 (masukkan jumlah baru terus dalam elaun perjalanan)
2. Contoh: Pekerja Berhenti Pada Pertengahan Bulan
Pekerja anda mempunyai hari kerja terakhir pada 9 November 2016 dan mendapat RM 2800 sebulan dan elaun perjalanan secara berulang sebanyak RM 150. Jika hari bekerja bermula Isnin hingga Jumaat, maka anda perlu memotong sejumlah 15 hari bekerja , di mana pekerja anda tidak bekerja lagi.
Pelarasan Gaji: RM 2800 x 15/22 (hari bekerja pada bulan November) = RM 1909.09 (masukkan jumlah ke Pelarasan Gaji)
Elaun Perjalanan: RM 150 x 6/22 = RM 40.91 (masukkan jumlah baru terus ke elaun perjalanan)
Proses payroll kini lebih mudah bersama PayrollPanda. Hubungi kami untuk tempahan demo sekarang.
Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.13.0