Anda boleh meletakkan pekerja di lokasi berbeza yang membolehkan anda menetapkan hari bekerja dan cuti yang berbeza berdasarkan lokasi mereka. Anda perlu tambah lokasi di Settings > Company Details > Other Locations > Add Location.
Mengikut lalai (default) semua pekerja ditetapkan pada lokasi yang sama seperti alamat syarikat, terpapar sebagai HQ. Untuk menempatkan pekerja pada lokasi yang berbeza pergi ke Employees > "Select Employee" > Employment Details > Location.
Tetapan lokasi yang berbeza dengan HQ (Alamat Syarikat) akan membolehkan anda menetapkan hari bekerja dan cuti yang berbeza bagi setiap lokasi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Bagaimanakah cara untuk menetapkan hari bekerja dan cuti yang berbeza bagi sesetengah pekerja.
Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.52.1