Untuk menetapkan hari bekerja dan cuti yang berbeza bagi sesetengah pekerja, anda perlu menambah lokasi yang berbeza terlebih dahulu. Anda boleh pergi ke Settings > Company Details > Other Locations > Add Location dan tetapkan mereka di lokasi sepatutnya. Anda boleh rujuk Bagaimanakah membuat tetapan lokasi yang berbeza bagi pekerja untuk langkah terperinci bagi melakukannya.
Setelah lokasi ditetapkan, anda boleh menetapkan hari bekerja dan cuti yang berbeza bagi mereka. Pergi ke Settings > Payment Settings.
Di bawah Payment Settings Per Location, anda boleh pilih lokasi yang anda mahu tetapkan. Nota: Berdasarkan ketetapan, semua lokasi anda perlu mengikut tetapan HQ.
Anda boleh ubah tetapan setiap lokasi seperti berikut:
Hari bekerja: Untuk menetapkan hari bekerja yang berbeza.
Cuti: Untuk menetapkan cuti menurut negeri.
Cuti Khas: Tambah dan/atau batal cuti.
Sila maklum bahawa ‘Jumlah Hari Cuti Tanpa Gaji, Gaji Prorata Dan Pengiraan Kerja Lebih Masa’ ditetapkan kepada:
Working Days in Current Calendar Month: Pengiraan penggajian untuk kerja lebih masa, cuti tanpa gaji dan gaji prorata adalah berdasarkan tetapan hari bekerja mengikut lokasi.
Fixed Number of Days atau All Days in Current Calendar Month: Pengiraan penggajian untuk kerja lebih masa, cuti tanpa gaji dan gaji prorata akan berdasarkan hari bekerja tetap mengikut lokasi.
Jika anda memerlukan maklumat lanjut atau anda sedang mencari sistem payroll, hubungi kami melalui saluran Sembang Langsung di bahagian bawah halaman ini.
Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.53.4