Pengiraan PCB sistem kami mengikut formula LHDN. Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana PCB dikira di sistem kami, sila baca artikel "Bagaimanakah PCB dikira oleh PayrollPanda?"
Walau bagaimana pun, jika anda mahu membuat potongan PCB tambahan, anda boleh lakukannya dengan menambah item di Step 1 Run Payroll.
Kami mempunyai 2 item PCB tambahan:
1. Additional PCB (Employment income)
Item ini perlu digunakan untuk membayar PCB tambahan pada pendapatan penggajian semasa pekerja. PCB tambahan ini akan diambil kira seperti PCB yang dibayar sebelum ini dalam pengiraan PCB untuk bulan-bulan berikutnya untuk sepanjang tahun.
Sila pergi ke Run Payroll > '+ Additional Payroll Item' > Deduction > dan kemudian pilih Additional PCB (Employment Income)
Sila pergi ke Run Payroll > '+ Additional Payroll Item' > Deduction > dan kemudian pilih Additional PCB (Non-Employment Income)
Anda boleh masukkan sebarang amaun yang dikehendaki ke dalam pengiraan PCB yang dilakukan oleh sistem kami.
Nota: Penambahan PCB akan diletakkan di atas penolakan PCB asal kerana jumlah baru akan memberi kesan kepada Payroll Summary. Penambahan tidak akan memberi kesan pada pengiraan PCB pada bulan seterusnya.
NOTA PENTING: Anda tidak boleh mengurangkan sumbangan PCB yang dikira oleh sistem pada bulan seterusnya. Oleh itu, anda perlu pasti dengan pilihan penambahan item penggajian ini sebelum menghantar proses penggajian kerana ia akan memberi kesan kepada keseluruhan sumbangan PCB tahun itu.
Sistem payroll kami membantu anda mengira caruman statutori dengan mudah. Tempah demo sekarang.
Artikel Bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 1.6.1