Anda boleh menambah lebih daripada seorang pekerja sekaligus, namun hanya terbatas kepada maklumat asas mereka.
Cara untuk import beberapa pekerja sekaligus:
1. Muat turun Employee Import Excel File ini dan isikan maklumat pekerja.
2. Selepas selesai, pergi ke halaman Employees.
3. Klik pada Add Multiple Employees.
4. Pada halaman seterusnya, klik butang Select File, pilih borang yang telah diisi dan klik Open.
5. Klik butang Continue untuk menyelesaikan proses import.
Pada kolum Nationality, sila gunakan kependekan 2 huruf.
Pada kolum Date of Birth & Join Date, format adalah DD/MM/YYYY.
Sila masukkan tanda sempang bagi nombor Kad Pengenalan. Contohnya: 800101-01-5544.
Selepas berjaya memuat naik maklumat pekerja anda sekaligus, anda boleh lihat nama yang telah dimasukkan di halaman Employee. Jika terdapat sebarang kesilapan pada fail, anda akan dapat notifikasi mengenai sebarang kesilapan.
Setelah memuat naik semua data pekerja, anda boleh terus memuat naik secara pukal maklumat gaji terdahulu mereka. Sila rujuk artikel bantuan ini untuk panduan langkah demi langkah.
Anda sedang mencari sistem payroll? Jom tempah sesi demo bersama kami.
Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.54.0