Sila pergi ke Settings dan pilih Payment Settings.
Di halaman tersebut, anda akan melihat tetapan pembayaran seperti:
1. Basis for Prorate Salary Calculation
2. Basis for Overtime Calculation
3. Basis for Unpaid Leave Calculation
Bagi setiap tetapan pembayaran, ia mempunyai menu pilihan seperti:
- Fixed Number of Days: Kiraan mengikut hari bekerja bagi syarikat anda untuk
- Working days in Current Calendar Month: Kiraan merangkumi semua hari bekerja termasuk cuti umum.
- All Days in Current Calendar Month: Kiraan merangkumi semua hari di dalam bulan semasa.
1. Asas pengiraan prorata gaji
Gaji bulanan (dan mana-mana item bulanan yang ditandakan Apply Prorate) di bawah Employment Details pekerja akan dikira prorata mengikut tetapan yang dipilih. 'Adjust Salary Based on Join Date' perlu ditandakan untuk memastikan prorata gaji pekerja baru dikira mengikut tarikh kemasukkan mereka dengan betul.
2. Asas pengiraan kerja lebih masa
Item kerja lebih masa yang tersedia di dalam sistem kami akan mengira kadar gaji sejam mengikut tetapan pengiraan yang telah dipilih.
3. Asas pengiraan cuti tanpa gaji
Kiraan kadar gaji bagi cuti tanpa gaji akan dikira mengikut tetapan yang dipilih. 'Record Unpaid Leave in Payroll' perlulah ditandakan supaya sistem dapat mengira jumlah pemotongan cuti tanpa gaji berdasarkan jumlah hari cuti tanpa gaji yang diluluskan di dalam sistem secara automatik.
Anda sedang mencari sistem payroll? Jom tempah sesi demo bersama kami.