Untuk menjana fail pembayaran melalui bank dan muat naik ke fail-fail tersebut ke dalam portal bank CIMB, anda perlu menetapkan maklumat pembayaran di dalam kedua-dua sistem PayrollPanda dan portal bank CIMB. Sila ikuti langkah-langkah berikut:
1. Tetapan di dalam sistem PayrollPanda
Pergi ke Settings > Company Details > Bank Details
Tekan pada Add Bank Account, dan pilih CIMB Bank Berhad
Masukkan maklumat yang diperlukan untuk Organization Code, Account Holder's Name, Account Number dan Payment/Transaction Type.
Sebelum memproses payroll anda, sila pastikan maklumat akaun bank pekerja anda telah dimasukkan ke dalam sistem PayrollPanda:
Sila pergi ke Employees > pilih Employment Details > Employee ID
Masukkan Employee ID
Kemudian sila pergi ke Personal Info
Untuk medan Preferred Method of Payment, pilih “Bank Transfer”
Untuk medan Bank Details > tekan Add Bank Account
Masukkan maklumat akaun bank pekerja di ruangan Bank Details
Tarikh Kredit (Crediting Date) diperlukan sebagai langkah terakhir untuk menetapkan butiran pembayaran dalam sistem. Pada Step 3 Run Payroll, anda perlu memilih tarikh pembayaran yang akan ditolak dari akaun bank anda. Oleh itu, tarikh pengkreditan tidak boleh ditetapkan pada tarikh yang telah berlalu.
2. Tetapan di dalam portal bank CIMB
Berikut adalah garis panduan untuk memuat naik fail ke BizChannel CIMB
CIMB BizChannel mempunyai dua pakej iaitu Standard dan BizLite:
-
CIMB Standard: Maklumat berikut diperlukan:
Organization code: Disediakan oleh pihak bank. Pelanggan Autopay sedia ada boleh menggunakan kod yang sama.
Account Holder’s Name
Account Number
Setelah anda memasukkan semua maklumat yang diperlukan, sila tekan butang Save.
CIMB BizLite: Tiada pilihan untuk memuat naik fail gaji dan semua maklumat benefisiari perlu dimasukkan terus ke dalam sistem Bizlite ketika transaksi dilakukan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk panduan BizLite di bawah:
Proses payroll kini lebih mudah bersama PayrollPanda. Hubungi kami untuk tempahan demo sekarang.