Apabila pekerja meletak jawatan atau diberhentikan perkhidmatan, bayaran tertentu seperti bayaran pemberhentian, bayaran sebagai ganti notis dan bayaran cuti mungkin perlu dibayar.
Bayaran Pemberhentian
Apabila pekerja diberhentikan, mereka mungkin akan menerima bayaran pemberhentian. Bayaran Pemberhentian adalah terkecuali daripada KWSP dan SOCSO/SIP. Tambahan pula, sebarang bahagian daripada bayaran pemberhentian yang dianggap sebagai pampasan untuk kehilangan pekerjaan (berlainan dengan ganjaran yang dibayar untuk perkhidmatan lepas) akan dikecualikan sepenuhnya atau sebahagian daripada PCB seperti berikut:
- jika Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri berpuas hati bahawa pemberhentian tersebut disebabkan gangguan kesihatan, pampasan dikecualikan sepenuhnya; atau
- dalam hal pembayaran yang dibuat berkaitan dengan tempoh pekerjaan dengan majikan yang sama atau dengan syarikat dalam kumpulan yang sama, pengecualian RM10,000 diberikan bagi setiap tahun genap perkhidmatan jika penggajian adalah dengan majikan yang sama atau dengan syarikat dalam kumpulan yang sama. Sila ambil perhatian bahawa tambahan RM10,000 untuk setiap tahun penuh perkhidmatan akan dikecualikan bagi mana-mana pekerja yang telah berhenti bekerja antara 1 Januari 2020 dan 31 Disember 2021, menjadikan jumlah pengecualian sebanyak RM20,000 untuk setiap tahun perkhidmatan penuh.
Dalam PayrollPanda, anda boleh menggunakan preset item 'Severance' sekiranya bayaran pemberhentian adalah tertakluk sepenuhnya kepada PCB. Jika bayaran pemberhentian dikecualikan sebahagian atau sepenuhnya daripada PCB, anda boleh rujuk artikel bagaimana untuk anda menambah item penggajian khas.
Bayaran Saguhati
Bayaran saguhati yang dibayar untuk persaraan atau penamatan kontrak dikecualikan daripada KWSP dan PERKESO/EIS. Pengecualian penuh PCB tersedia dalam beberapa kes (cth, bersara kerana tidak sihat, atau jika pekerja telah mencapai umur 55 tahun dan bekerja untuk majikan yang sama sekurang-kurangnya 10 tahun). Pengecualian separa PCB sebanyak RM1,000 setiap tahun genap perkhidmatan terpakai dalam kes persaraan dan penamatan kontrak.
Dalam Payroll Panda, anda boleh menggunakan preset item ‘Gratuity (End Of Service Period)’ jika bayaran saguhati tertakluk sepenuhnya kepada PCB. Jika pembayaran saguhati dikecualikan sebahagian atau sepenuhnya daripada PCB, anda boleh rujuk artikel bagaimana untuk anda menambah item penggajian khas.
Bayaran sebagai ganti notis
Apabila pekerja diberhentikan, bayaran sebagai ganti notis dianggap sebagai pampasan bagi kehilangan pekerjaan oleh LHDN, ia juga tertakluk kepada pengecualian PCB yang sama seperti yang dinyatakan di atas. Bayaran sebagai ganti notis juga dikecualikan daripada KWSP dan SOCSO/SIP.
Bayaran Cuti
Pekerja yang menamatkan perkhidmatan mereka bersama syarikat anda boleh diberi pampasan untuk sebarang cuti tahunan yang tidak digunakan. Bagi pekerja yang dilindungi di bawah Akta Pekerjaan, gaji cuti minimum hendaklah dikira menggunakan 26 hari bekerja untuk mendapatkan kadar gaji biasa (upah* /26). Bagaimanapun, sebarang jumlah bayaran yang lebih menguntungkan pekerja berbanding bayaran cuti minimum juga boleh diterima. Jadi, untuk pekerja yang bekerja 5 hari seminggu, kebiasaannya menggunakan kiraan 22 hari bekerja (atau 21.75 iaitu 261 hari bekerja tahunan dibahagi dengan 12 bulan).
Bayaran Cuti adalah tertakluk kepada semua caruman statutori.
Dalam PayrollPanda, anda boleh menggunakan item 'Leave Pay' dan ditambahkan ke payroll anda.