If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bagaimanakah cara memasukkan perakam waktu (Timesheet) ke dalam PayrollPanda?

Anda boleh menambah perakam waktu bekerja bulanan anda ke dalam PayrollPanda secara automatik dan pengiraan gaji mengikut jam. Di bawah tab Timesheet anda akan perolehi senarai semua pekerja anda secara mingguan. Anda boleh memuat naik templat perakam waktu atau memasukkannya secara manual.

PENTING: Sekiranya pembayaran kerja lebih masa dibayar secara bulanan, anda perlu menambahkan item tersebut sebagai item gaji bulanan berulang di ruangan Employment Details > Monthly Recurring Payroll Item pekerja itu. Anda tidak perlu mengubah kadar kerja lebih masa dan unit waktu kerana ia akan dikemaskini secara automatik sebaik sahaja anda memuat naik fail perakam masa di dalam sistem dan anda boleh terus memproses maklumat penggajian bulanan anda. Untuk maklumat lanjut berkenaan bila anda perlu menambahkan item penggajian sebagai item gaji berulang dan bagaimana ia mempengaruhi pengiraan PCB, sila rujuk Bilakah saya perlu memilih item penggajian tertentu sebagai item penggajian berulang?

1. Muat Naik Perakam Waktu

Anda boleh gunakan templat untuk memuat naik perakam waktu bekerja pekerja anda ke dalam sistem. Muat turun templat di Timesheet > Upload Timesheets > Download Template. Templat mengandungi semua item penggajian termasuk Item Penggajian Pra-tetapan atau Item Penggajian Khas yang anda cipta sendiri.

Dalam templat anda boleh masukkan jumlah waktu bekerja normal (untuk pekerja gaji kiraan jam) dan/atau kerja lebih masa pada bulan itu. Setelah selesai anda boleh terus memuat naik perakam waktu di bawah Select File. Jumlah jam akan ditambah ke dalam kolum, selepas disimpan, ia akan digunakan untuk kiraan penggajian bulan tersebut.

Nota: Jika anda menggunakan Jibble untuk perakam waktu, anda boleh eksport fail dari Jibble dan muat naik terus ke PayrollPanda. Lihat artikel bantuan untuk lebih maklumat.

2. Memasukkan Perakam Waktu secara Manual

Untuk memasukkan secara manual waktu bekerja, anda perlu tambah item penggajian lebih masa yang relevan. Untuk tambah overtime payroll items klik pada butang +Add Overtime di bahagian bawah sebelah kiri. Di sini anda boleh memilih overtime payroll items yang anda mahu tambah dan untuk pekerja yang dimahukan. Setelah ditambah, anda boleh masukkan jumlah jam bekerja lebih masa.

Selepas simpan fail, jumlah jam akan ditambahkan ke dalam proses penggajian untuk bulan tersebut. Untuk menjalankan penggajian, anda sentiasa boleh masuk semula untuk kemas kini jam bekerja. Jika pekerja diberi gaji berdasarkan jam, waktu bekerja yang dimasukkan di sini akan digunakan untuk mengira gaji bulanan mereka.

Jika anda memerlukan maklumat lanjut atau anda sedang mencari sistem payroll, hubungi kami melalui saluran Sembang Langsung di bahagian bawah halaman ini.


Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.40.11

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support