Levi HRDF ialah bayaran levi yang dikutip untuk tujuan latihan pekerja dan peningkatan kemahiran. Mulai 1 Mac 2021, akses kepada HRDF telah diperluaskan kepada semua industri. Firma yang mempunyai 10 atau lebih pekerja tempatan wajib mendaftar, manakala firma yang mempunyai 5 hingga 9 pekerja tempatan mempunyai pilihan untuk mendaftar.
Tetapan HRDF tidak diaktifkan secara automatik dalam sistem PayrollPanda. Untuk mengaktifkan HRDF, sila ikuti langkah di bawah:
- pergi ke Settings
- Pilih Payment Settings
- Pilih salah satu pilihan caruman HRDF yang tersedia.
Terdapat empat tetapan untuk anda membuat pilihan daripada senarai menu: None, Automatic, 0.5% dan 1%.
Sekiranya HRDF ditetapkan sebagai Automatic, sistem akan mengira caruman berdasarkan kadar ini:
5 to 9 perkerja tempatan: HRDF menyumbang sebanyak 0.5%
10 dan ke atas jumlah pekerja tempatan: HRDF menyumbang sebanyak 1%
Sila maklum bahawa di bawah peraturan HRDF, sekiranya anda berdaftar di bawah kategori pilihan sebelum ini, sebaik sahaja anda mencapai 10 pekerja Malaysia, anda perlu terus mencarum pada kadar 1% untuk keseluruhan tahun kalendar walaupun kiraan pekerja anda jatuh kepada kurang daripada 10 pekerja dalam tahun tersebut.
Sumbangan HRDF dikira berdasarkan gaji pokok ditambah dengan sebarang elaun tetap kecuali elaun perjalanan. Di dalam PayrollPanda, sebarang elaun yang ditambah sebagai item bulanan berulang pada profil pekerja akan ditambah pada gaji yang tertakluk kepada HRDF, kecuali:
Travel/Petrol Allowance (Official Duties)
Travel/Petrol Allowance (Records Kept For 7 Years)
Parking Allowance
Internship Allowance
Jika anda menambah item payroll khas dan diletakkan di bawah kategori Allowance dan ditambahkan pada profil pekerja sebagai item bulanan berulang, item itu juga akan termasuk dalam pengiraan HRDF. Sekiranya anda mempunyai item bulanan berulang yang mana ia tidak tetap dan anda tidak mahu ia tertakluk kepada HRDF, anda perlu menambah item penggajian khas dan letakkan ia di bawah kategori Other Perquisites dan bukan kategori Allowance. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan item payroll bulanan berulang, sila rujuk Bagaimanakah cara untuk menambah item penggajian dan apakah perbezaan antara bayaran berulang dengan bayaran sekali?
Ambil perhatian bahawa item penggajian di bawah ini akan mempengaruhi pengiraan HRDF:
Leave Pay, Advance Payment, Arrears of Salary & Arrears of Wages
Unpaid Leave
Advance (Payment Made via payroll) & Salary Adjustment
Sekiranya anda ingin menambah jumlah HRDF anda sendiri untuk setiap pekerja, anda boleh menggunakan item preset potongan Employer HRDF Levy (Custom).
Contoh Kiraan Pembayaran Levi :
Jika anda menyumbang 1% dan pekerja anda memperoleh RM 3,000.00 tambah elaun tetap sebanyak RM 250.00, maka pengiraan untuk pembayaran levi HRDF adalah seperti berikut: (MYR 3,000.00 + MYR 250.00) * 1% = MYR 32.50
Hubungi kami melalui saluran Sembang Langsung di bahagian bawah halaman ini jika anda memerlukan sebarang bantuan lanjut.
Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.48.1