If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bolehkah saya merekodkan tuntutan bayaran balik perbelanjaan di dalam penggajian supaya rekod tersebut dapat dilihat dalam slip gaji?

Sudah pasti! Kami telah menetapkan konfigurasi item Expense Claims ke dalam slip gaji untuk kemudahan anda. Anda boleh menambahnya sebagai bayaran penggajian berulang atau dalam langkah pertama semasa menjalankan proses penggajian yang kami akan terangkan di bawah. Baca artikel ini untuk mengetahui bila untuk menetapkan bayaran sebagai penggajian berulang.

Ketika memulakan proses penggajian, klik + Additional Payroll Item bagi pekerja yang mendapat tuntutan perbelanjaan yang digunakan. Ambil perhatian, ini tidak dikira sebagai elaun. 


Pergi ke Expense Claims di bahagian Remuneration > Expense Claims. Klik Add Selected untuk menambah tuntutan perbelanjaan ke dalam sistem penggajian.


Anda kini boleh memasukkan amaun yang telah dibayar balik kepada pekerja ini.


Anda juga boleh membuat item tuntutan perbelanjaan yang lebih khusus jika anda mahu jenis tuntutan pembayaran lebih terperinci. Sila lihat Bagaimanakah cara untuk saya menambah item penggajian khas untuk  bayaran yang lebih khusus.


Anda sedang mencari sistem payroll? Tempah sesi demo bersama kami.


Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.13.5

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support