Membuat tetapan pembayaran dengan betul di dalam sistem adalah penting untuk memastikan semua pengiraan boleh dibuat berdasarkan amalan syarikat anda. Cari Payment Settings di bawah tab Settings.
1. Tetapan Pembayaran Setiap Lokasi
Jika anda telah menetapkan beberapa Lokasi (Seperti di dalam artikel ini: Bagaimanakah membuat tetapan lokasi yang berbeza bagi pekerja), anda boleh memilih Tetapan Pembayaran yang berbeza untuk setiap lokasi (seperti di dalam artikel ini: Bagaimanakah cara untuk menetapkan hari bekerja dan cuti yang berbeza bagi sesetengah pekerja). Setiap lokasi mengikut tetapan asal HQ. Walau bagaimana pun, anda boleh ubah Hari Bekerja juga Hari Cuti yang spesifik.
2. Hari Bekerja
Sebaik saja anda klik pada Edit Working Days, pilih hari bekerja yang relevan dengan syarikat anda. Ada tiga jenis: Sepenuh Hari, Separuh Hari dan Hari Cuti.
Jumlah hari bekerja yang dipilih akan memberi kesan kepada penggajian jika Number of days for Unpaid Leave, Prorated Salary and Overtime Calculation ditetapkan kepada Working Days in Current Calendar Month.
Hari bekerja yang dipilih juga akan memberi kesan kepada semua jenis Cuti termasuk Cuti Tahunan dan Cuti Tanpa Gaji. Jika Cuti Tanpa Gaji dimohon pada hari tidak bekerja, ia tidak akan ditolak di dalam penggajian.
3. Cuti
Cuti yang tertakluk kepada tetapan asal (default) adalah “Seluruh Negara” dan “Negeri” bergantung kepada lokasi syarikat anda berdasarkan alamat. Ini boleh diubah atau dipadam.
Jika anda ada tetapan beberapa lokasi seperti di 1. Tetapan Pembayaran Setiap Lokasi, secara asal lokasi Cuti Negeri akan mengikut tetapan.
Setelah anda klik pada Edit Holiday Date, anda boleh memadam atau menambah cuti. Untuk maklumat lanjut sila baca Bagaimanakah cara untuk menambah dan mengemaskini cuti umum.
4. Jumlah hari Cuti Tanpa Gaji, Gaji Prorata dan Pengiraan Kerja Lebih Masa
Ada tiga jenis tetapan: Fixed Number of Days, Working Days in Current Calendar Month dan All Days in Current Calendar Month. Bergantung kepada tetapan yang anda pilih, pengiraan akan berbeza. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Bagaimana cara mengira Cuti Tanpa Gaji, Gaji Prorata dan Kerja Lebih Masa menggunakan PayrollPanda ini secara automatik.
5. Cuti Tanpa Gaji Berekod dalam Penggajian
Jika bahagian ini ditanda, semua Cuti Tanpa Gaji direkod di dalam kalendar Cuti akan ditolak secara automatik di dalam rekod penggajian anda.
6. Gaji Diubah berdasarkan Hari Mula Bekerja
Gaji akan dikira secara prorata dan jumlah berkenaan akan memberi kesan kepada penggajian anda. Cara pengiraan bergantung kepada tetapan pembayaran yang dipilih di bawah butiran 4.
7. Pengaktifan HRDF
Tanda item ini jika syarikat anda meyumbang kepada HRDF. Untuk maklumat lanjut sila baca Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan pembayaran Levi HRDF di PayrollPanda.
Ingin mengetahui bagaimana anda boleh kendali payroll dengan mudah? Jom tempah sesi demo bersama kami sekarang!
Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.60.3